Proses penceraian tradisional Perkahwinan_Cina

Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan:

  1. Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618-907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan perceraian.
  2. Pembubaran perkahwinan melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu pasangan melakukan jenayah serius (ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara, tetapi ditakrifkan dengan lebih longgar untuk isteri) terhadap pasangan atau klan pasangannya.
  3. Pengisytiharan perceraian satu pihak oleh suami: Bagaimanapun, untuk berkuatkuasa di sisi undang-undang, perceraian tersebut harus mendasarkan salah satu daripada tujuh alasan yang berikut:
    1. Isteri tidak taat kepada ibubapa mentua. Ini menyebabkan mentua berupaya membubarkan perkahwinan tanpa kerelaan hati pasangan.
    2. Isteri tidak berjaya melahirkan anak lelaki.
    3. Isteri tidak beradab atau berzina.
    4. Isteri cemburu. Ini termasuk membantah suami kerana berkahwin lagi seorang isteri atau mengambil gundik.
    5. Isteri mempunyai penyakit yang keji.
    6. Isteri suka mengumpat.
    7. Isteri mencuri.

Jelas alasan-alasan tersebut boleh diputarbelitkan untuk menyesuaikan suami dan keluarganya. Bagaimanapun, terdapat tiga kekecualian yang jelas yang penceraian satu pihak tidak dibenarkan:

  1. Isteri tidak ada keluarga untuk pulang.
  2. Isteri pernah berkabung selama tiga tahun penuh untuk seorang mertua.
  3. Suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi kini telah menjadi kaya.

Undang-undang di atas adalah berkenaan dengan penceraian satu pihak yang dikuatkuasakan sejak dari masa Dinasti Tang sehingga dibubarkan oleh kerajaan Republik China pada tahun 1930.